Rabu, 6 Mei 2015

Ragam Kehidupan Harianku

          Bila diriku mendapati yang diriku bukanlah seorang yang sempurna dari pelbagai segi kecuali fizikal kerana diriku memiliki tubuh badan yang sihat tanpa sebarang kecacatan. Walaupun umur telah mencecah 20 tahun namun diriku tidak pernah mengalami zaman percintaan. Diriku takut untuk memulakan hal yang berkaitan dengan cinta kerana aku mengetahui bahawa cinta semasa alam pembelajaran tidak akan membawa makna apa-apa dan hanya menyusahkan diri sendiri dan mengganggu perasaan yang akan menyebabkan minat terhadap menuntut ilmu terbantut. Diriku berpendapat demikian kerana aku pernah menyaksikan sendiri kejadian seperti itu berlaku di sekeliling teman-temanku yang sanggup meninggalkan pendidikan untuk kekasih yang tercinta. Apa yang terjadi sekarang terdapat beberapa orang temanku mempunyai anak tetapi tiada suami. Ini merupakan kesudahan yang penuh dengan kekecewaan dan menyebabkan diriku berfikir bahawa percintaan tidak seharusnya menjadi salah satu perkara yang harus dialami oleh semua orang kerana aku tahu cinta itu tidak membutakan kita cuma kita sendiri yang tidak tahu membezakannya.